Friday, July 18, 2014
Selamatkan Bumi GAZA
Bumi Gaza sebagai mana yang kita tahu berada dalam keadaan yang sangat mendukacitakan. Pernahkan kita terpikir untuk menyelamatkan mereka yang berada dalam kesusahan? Mungkin sesetengah terpikir tetapi tiada kudrat dan mungkin sesetengah hanya post di medan sosial hanya untuk memenuhi ruang wall mereka. Bagi yang tiada kudrat dan ingin menolong mereka janganlah berduka kerana terdapat pelbagai cara kita dapat menolong saudara kita di bumi Gaza yang mungkin kita sudah tahu tapi kita mengamalkan dan tidak mendisiplinkan diri untuk menolong saudara-saudara kita. Doa itu seseungguhnya senjata yang umat Islam yang kuat. Berdoalah kita kepada saudara-saudara kita agar mereka dilindungi oleh Allah s.w.t kerana setiap dugaan yang berlaku Allah ingin menarik kita untuk dekat dengan Nya. Janganlah kita sekadar berdoa tapi kita tidak ikut perintahnya. Kalau Allah suruh puasa,solat,sedekah dan sebagainya ikutlah kita. Benda tu bukan bebanan dalam hidup kita.Semua benda tu Allah hendak tolong kita. Jadi kita tolong diri kita ikut perintahnya. Kalau ada musibah di Gaza kita berdoa tapi kita tidak buat apa yang di perintahkan olehNya. Sebagaimana yang kita boleh lihat saudara kita di Gaza walaupun mereka dalam kesusahan mereka tinggal solat,sentiasa berdoa ,baca Al Quran maka cuba kita ikutah cara mereka. Kita dalam keadaan aman damai tiada halangan langsung untuk menunaikan semua itu. Sy juga menasihati diri sy sendiri kerana sy pun bukan la seorang yang sempurna. Oleh itu Ayuh la teman-temanku kita sama-sama berdoa di bulan yang baik Ramadhan untuk saudara-saudara kita di Gaza dan jangan lupa mendoakan kedua-dua ibu bapa kita.
Sekian Pray for Gaza
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment